Better Circle
Log Masuk

Join Circle Yang Memperingati Each Other

Halaqah mingguan dan aktiviti santai untuk lelaki yang nak belajar agama, baca al-Quran, dan bina kawan yang baik.

  • Halaqah setiap minggu, sekitar 3 jam
  • Terbuka untuk lelaki pelbagai latar belakang
  • 8 lokasi di Lembah Klang & Nilai

Susah nak konsisten bila buat seorang diri?

  • Minggu penuh dengan kerja, keluarga, dan notifikasi.
  • Iman naik turun. Bila turun, tiada siapa perasan.
  • Niat nak belajar ada. Tapi tak tahu nak mula di mana.

Rasa macam jauh. Bukan sebab tak nak — tapi sebab tak ada tempat untuk mula.

  • Sunyi walaupun sentiasa dikelilingi orang.
  • Ada soalan tentang agama, tapi segan nak tanya.
  • Pernah cuba join sesuatu, tapi tak bertahan.

Sebab itu kami bina Better Circle.

Sebuah komuniti kecil yang bertemu secara tetap — untuk belajar, berbual, dan saling menjaga. Tak perlu ada asas. Cuma datang.

Ilmu

Halaqah santai dalam Bahasa Melayu. Baca, tadabbur, dan bincang bersama.

Ukhuwah

Kawan yang ingat nama kita, dan perasan bila kita tak datang.

Amal

Belajar sikit, buat sikit. Konsisten lebih penting dari sempurna.

Dua cara kita berjumpa.

Ahli halaqah membaca al-Quran dalam kumpulan kecil

Halaqah

Tiga jam setiap minggu, dalam kumpulan kecil. Baca, faham, bincang, dan pulang dengan satu peringatan.

  1. Tilawah bersama
  2. Taaruf — suai kenal
  3. Tadabbur — dua sesi
  4. Taujih & tazkirah — penutup

Setiap minggu  ·  3 jam  ·  Bawa al-Quran & buku nota

Ahli komuniti makan bersama di meja panjang selepas perjumpaan

Perjumpaan Sosial

Sesi santai untuk kenal dengan lebih rapat — makan, sukan, aktiviti luar.

Sebulan sekali  ·  Ikut lokasi

Amalan harian, dijaga bersama.

Ahli Better Circle rekod enam amal setiap hari dalam app ahli. Kawan sehalaqah nampak siapa yang dah Subuh berjemaah hari ini, dan saling ingatkan bila ada yang tercicir.

  • Kitaran 7 hari, dengan papan markah halaqah
  • Kira detik ke waktu solat seterusnya, ikut jadual JAKIM
  • Log masuk dengan akaun Google, tiada kata laluan

Cara sertai

  1. Pilih lokasi

    Pilih lokasi paling dekat dan klik butang WhatsApp. Mesej dah siap ditaip — tekan hantar sahaja.

  2. Perkenalkan diri

    Beritahu nama anda. Penyelaras lokasi akan balas secara peribadi.

  3. Datang ke sesi

    Penyelaras jemput anda ke sesi minggu itu. Bawa al-Quran dan buku nota.

Pilih lokasi anda

Setiap lokasi ada penyelaras sendiri. Pilih yang paling dekat, dan mesej terus ke WhatsApp mereka.

Belum ada lokasi berdekatan

    Soalan lazim

    Ada yuran?

    TIADA yuran. Yang lebih penting, bawa al-Quran, buku nota, dan hati yang sedia untuk berbuat.

    Perlu bawa apa-apa?

    Al-Quran dan buku nota. Itu sahaja.

    Di mana lokasi?

    Lapan lokasi: Bukit Jelutong, Seksyen 13 dan Alam Impian (Shah Alam), Bandar Sunway, Kerinchi, Southville, Bangi, dan Nilai. Tempat tepat dikongsi oleh penyelaras melalui WhatsApp.

    Siapa boleh sertai?

    Mana-mana lelaki Muslim, tak kira umur atau latar belakang. Tak perlu ada asas agama.

    Lelaki dan wanita?

    Buat masa ini, semua sesi adalah untuk lelaki sahaja.

    Bahasa apa digunakan?

    Bahasa Melayu.

    Berapa kerap sesi diadakan?

    Halaqah setiap minggu, 3 jam satu sesi. Perjumpaan sosial sebulan sekali.

    Saya segan datang seorang.

    Kebanyakan ahli datang seorang pada mulanya. Beritahu kami, kami pastikan ada yang sambut anda.

    Berapa lama untuk dapat balasan?

    Penyelaras lokasi balas secara peribadi, biasanya dalam beberapa jam.